Wednesday, February 18, 2009

..::Hikmah penciptaan lalat ::..


Orang memandang bahawa lalat datang hanya untuk mengganggu ketenteraman mereka, tapi di sebalik itu ada juga hikmahnya. Diceritakan bahawa pada suatu hari ketika Khalifah Al-Mansur sedang sibuk menyelesaikan kerja-kerjanya datang seekor lalat hinggap di bahagian mukanya. Dengan cepat Al-Mansur menghalaunya, lalat itupun terbang. Sebentar kemudian lalat itu datang lagi dan Al-Mansur segera menepisnya. Begitulah seterusnya lalat berkali-kali pula Al-Mansur menepisnya.

Sehingga akhirnya, Al-Mansur merasa kesal kerana kerja-kerjanya terganggu hanya kerana gara-gara seekor lalat yang tidak mempunyai apa-apa erti.

Dia berfikiran : "Kalau macam ini lalat itu betul-betul merosak, tak ada gunanya langsung. "Kemudian Al-Mansur bertanya kepada Jakfar Shadiq : "Wahai Abu Abdullah!Untuk apa Allah menciptakan lalat?
"agar dengan itu Allah dapat menunjukkan kehinaan orang-orang yang sombong dan membanggakan diri."Jawab Jakfar Shadiq.

Mendengar jawapan itu,Al-Mansur diam. Dengan jawapan itu pula Al-Mansur sedar bahawa walaupun dirinya seorang kepala negara yang disanjung dan dijunjung oleh rakyat, tetapi ternyata tidak ada ertinya bagi seekor lalat.

No comments:

Post a Comment